Bolehkah saya melakukan hubungan “intim” semasa “Isteri” sedang hamil… Apakah hukumnya Dalam Islam?


Selagi suami anda menggunakan kondom dan kehamilan anda sihat dan normal, anda boleh melakukannya sehingga sampai masa air ketuban pecah. Kondom adalah perlu untuk melindungi bayi dalam kandungan, bimbang kalau-kalau suami anda telah dijangkiti virus Zika. Virus Zika telah ditemui dalam air mani, jadi suami yang menghidap Zika boleh menjangkitkan isterinya.

Anda juga harus tanya doktor anda dahulu jika anda mengalami masalah dengan kehamilan seperti plasenta previa atau pendarahan, atau anda mempunyai sejarah serviks lemah.

Dengan kehamilan normal, seks tidak ada kaitan dengan keguguran awal. Malah, jika anda berasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan. Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi.

Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan kelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami kelahiran pramatang.

Bolehkah seks membahayakan bayi?

Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi bayi daripada jangkitan. Kantung amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan oleh jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.

Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:

pendarahan
sakit atau kekejangan abdomen;
ketuban pecah;
sejarah kelemahan serviks;
plasenta previa, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.
Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda menghidap herpes genital. Jika anda menghidap herpes genitaluntuk kali pertama semasa mengandung, ada kemungkinan ia boleh dijangkitkan kepada bayi dalam kandungan anda.

Adakah nikmatnya sama?

Lebih baik bagi setengah wanita, tidak begitu baik untuk yang lain. Pengaliran darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan alat kelamin membengkak dan menambahkan sensasi. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa kepenuhan ini membuat sesetengah wanita rasa tak selesa selepas persetubuhan berakhir. Sesetengah wanita juga mengalami kesakitan bila melakukan seks semasa hamil.

Ada juga wanita yang mengalami kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh menyebabkan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga. Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit, tetapi kekejangan uterus akan beredar, sama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks.

Saya tidak rasa mahukan seks semenjak saya hamil. Adakah ini normal?

Ya. Perubahan-perubahan besar dalam badan anda sudah tentu akan mengubah kehidupan seks anda. Bagi setengah wanita, mereka rasa lebih seksi daripada biasa kerana tidak perlu bimbang tentang konsepsi dan pencegah kehamilan. Tetapi bagi sesetengah yang lain pula hanya merasa terlalu letih atau mual untuk berasmara, terutama sekali semasa trimester pertama.

Ada wanita mendapati yang trimester kedua ditanda oleh nafsu berahi yang meruap-ruap naik. Namun dalam mana-mana fasa kehamilan, ada variasi yang besar dari segi perasaan dan aktiviti seks bagi setiap pasangan suami isteri. Nafsu berahi anda mungkin menurun semula di trimester ketiga kerana anda memikirkan tentang kelahiran dan proses bersalin yang akan datang, atau anda rasa tidak menarik atau bimbang tentang kepuasan suami anda.

Semua perasaan dan pengalaman ini adalah normal, tetapi ingatlah bahawa setiap orang berbeza dan adalah normal juga jika nafsu berahi dan menurun semasa hamil.

Adakah nafsu seks suami saya akan berubah?

Mungkin. Ramai lelaki mendapati isteri hamil mereka menarik seperti sebelum hamil pada trimester pertama dan kedua, tetapi perasaan ini berkurang pada trimester ketiga. Ini tidak bermakna dia langsung tidak mendapati anda menarik.

Nafsu suami anda mungkin berkurangan kerana takut yang seks akan membahayakan bayi. Atau dia mungkin bimbang akan kesihatan anda dan bayi, khuatir tentang beban keibubapaan, dan atau juga merasa serba salah tentang berasmara dalam kehadiran bayi mereka yang belum lahir.

Adakah seks oral selamat?

Ya, seks oral yang normal tidak akan membahayakan bayi dan ramai merasakan ianya satu penyelesaian jika persetubuhan itu membawa risiko tinggi.

Satu-satunya perkara yang perlu dielakkan ialah suami menghembus udara ke dalam faraj. Menghembus udara boleh menyebabkan salur darah tersumbat oleh buih udara (dikenali sebagai embolisme udara). Embolisme boleh membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan.

Elakkan juga dari memasukkan lidah ke dalam faraj.

Posisi-posisi manakah yang paling selesa?

Bila kehamilan berterusan, anda mungkin kurang selesa bila suami mengambil posisi di atas. Berikut adalah posisi-posisi dan tip-tip untuk berasmara ketika anda hamil yang tak lapuk dek hujan.

Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik apabila perut anda semakin membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian besar beratnya dari uterus anda.
Gunakan katil sebagai alat membantu. Perut anda bukan penghalang jika anda berbaring menelentang di tepi atau di hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut, dan punggung anda dan kaki terletak di tepi tilam. Suami anda boleh samada melutut atau berdiri di depan anda.
Baring sisi-ke-sisi dalam posisi sudu, yang hanya membolehkan penetrasi yang tidak dalam. Penetrasi yang dalam boleh jadi tidak selesa apabila kehamilan meningkat.
Naik atas suami anda. Dengan cara ini abdomen anda tidak tertekan dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi.
Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk atas kerusi (yang kukuh).
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan sedikit eksperimen, anda dan suami anda sudah tentu akan berjumpa satu teknik yang sesuai bagi anda.

Janganlah malu! Anda boleh berbincang mengenai apa sahaja dan segala-galanya dengan bakal-bakal ibu yang lain.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*