Tak Hadir Terima Anugerah! Ini Komen Pedas Neelofa Kepada Fazura .

Image result for tak hadir- Terima Anugerah

Semalam, berlabuh sudah tirai Anugerah Meletop Era bagi tahun 2018. Sekali lagi Neelofa merangkul gelaran Artis Top Top Meletop untuk tahun ini bagi ketegori wanita di samping penyanyi Khai Bahar bagi kategori lelaki.

Bertanya mengenai persaingan merebut gelaran ini, Neelofa akui mengaku berdepan saingan sengit dengan Nur Fazura. Dipetik menerusia BH Online, Neelofa berkata, tidak mustahil Fazura meraih trofi utama itu.

“Persaingan adalah satu realiti… Semua orang percaya dengan apa yang saya rasa. Fazura bukanlah nama asing dalam industri dengan anugerah yang dimenanginya, malam ini (tadi), saya rasa bukan sesuatu yang mustahil untuk dia meraih trofi utama.
Tidak Hadir Menerima Anugerah
Pada malam penuh glamour itu, Fazura diumumkan sebagai Bintang Filem Meletop dan dianggap antara persaing merebut anugerah utama, Top Top Meletop bagi kategori wanita yang dimenangi Neelofa. Namun Fazura tidak hadir pada malam penuh prestij itu dan mewakilkan pengurusnya, Iman Thang untuk menerima trofi di pentas.

Selain trofi utama, Neelofa terus menungguli menerima banyak anugerah termasuklah Fesyen Meletop dan Pelakon Televisyen (TV) Meletop. Neelofa turut memaklumkan Kemenangan ini atas usaha peminat Indonesia yang memainkan peranan mewujudkan akaun khas yang dikendalikan peminat di Malaysia untuk mengundinya.

SUMBER:HANGAT.COM

Artikel lain:

Keputusan Penuh Anugerah MeLeToP ERA.. 2 Orang Ini Bolot Habis! Salah Seorang Tu Hampir Terjatuh Bila Dipanggil ..
KUALA LUMPUR: Penyanyi Khai Bahar membuat kejutan apabila muncul sebagai pemenang kategori utama Anugerah MeleTOP 2018 (AME2018) menerusi kategori Top Top MeleTOP (Lelaki).

Acara yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad turut memperlihatkan Khai, 24, membolot dua lagi buah trofi menerusi kategori Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Bayang).

Menerusi kemenangan itu, Khai membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM20,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, Top Top MeleTOP (Wanita) milik pengacara dan pelakon Neelofa selain membawa pulang trofi menerusi dua kategori lain, Pelakon TV MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.

Drama lakonannya, Red Velvet bersama Alif Satar turut memenangi menerusi kategori Drama MeleTOP.

Seperti Khai, Neelofa, 29, membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM20,000 berserta trofi.

Bagi kategori utama, pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 manakala kategori lain RM5,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Dalam pada itu, pelakon filem Abang Long Fadil 2, Zizan Razak mempertahankan trofi menerusi kategori Artis Lawak MeleTOP yang dimenanginya tahun lalu.

Manakala gandingan Neelofa dalam program MeleTOP Nabil Ahmad membuat kejutab apabila muncul memenangi kategori Hos MeleTOP menumpaskan empat calon kegemaran lain, Alif Satar, Datuk AC Mizal, Jihan Muse dan Siti Nordiana.

Bagi kategori filem, J Revolusi membawa pulang trofi Filem MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP menerusi Nur Fazura.

Pelakon Farah Nabilah pula menumpaskan empat calon lain iaitu As’ad Motawh, Fendy Bakry, Hannah Delisha, Wany Hasrita bagi membawa pulang trofi Artis Baharu Terbaik.

Kategori Si Cilik MeleTOP pula memperlihatkan anak kepada Asyraf Khalid iaitu Arif Jiwa Asyraf memenangi trofi tersebut.

Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir pula membawa pulang trofi Grup/Duo MeleTOP menerusi lagu Digarhayu.

Sementara itu, AME2018 memberikan Anugerah Khas kepada bekas pembaca berita Dunia Jam 10 di RTM, Datuk Harjit Singh Hullon bagi menghargai bakti beliau dalam bidang penyiaran selama 45 tahun sejak 1971.

Pada 2011, beliau telah menerima pengiktirafan sebagai Penyampai Berita Televisyen Paling Lama Berkhidmat oleh Malaysia Book of Records.

Anugerah itu disampaikan oleh pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi.

Nabil Ahmad, Neelofa bertindak sebagai pengacara AME2018 bersama hos jemputan iaitu Sabri Yunus, Sherry Alhadad, Jihan Muse dan Zul Ariffin.

Persembahan pembukaan AME2018 diserikan dengan nyanyian daripada Altimet, Ito Blues Gang, Francissca Peter, Kool dan Noh Hujan.

Manakala Ernie Zakri, Syamel, Haqiem Rusli, Ismail Izzani, UNIC dan Datuk Ramli Sarip.

Manakala penyanyi Indonesia, Virgoun turut tampil menghiburkan penonton selain persembahan istimewa daripada Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Mas Idayu dan Ruffedge.

AME2018 turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124) pada pukul 9 malam.

Pemilihan pemenang dilakukan berdasarkan seratus peratus undian peminat menerusi laman web khas yang disediakan.

Berikut adalah senarai penuh pemenang AME2018
Artis Baharu MeleTOP – Farah Nabilah

Si Cilik MeleTOP – Arif Jiwa Asyraf

Couple MeleTOP – Jep Sepahtu & Sari Yanti

Program Radio MeleTOP – Johara Pagi Era

Penyampai Radio MeleTOP – Johan (Era)

Program MeleTOP – Sepahtu Reunion Live 2017

Hos MeleTOP – Nabil MeleTOP

Artis Lawak MeleTOP – Zizan Razak

Drama MeleTOP – Red Velvet

Pelakon MeleTOP – Neelofa

Grup/Duo MeleTOP – Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Penyanyi MeleTOP – Khai Bahar

Lagu MeleTOP – Bayang (Khai Bahar)

Filem MeleTOP – J Revolusi

Bintang Filem MeleTOP – Nur Fazura (J Revolusi)

Top Top MeleTOP (Lelaki) – Khai Bahar

Top Top MeleTOP (Wanita) – Neelofa

AME2018 I Khai Bahar & Neelofa | Pemenang Top Top MeleTOP I Anugerah MeleTOP Era 2018

Wow .. Zul panggil Lofa sayang sampai Lofa nak terjatuh ? I Zul Ariffin & Neelofa

SUMBER : MSTAR ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*